Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kalau dah namanya wanita mestilah semua inginkan bentuk badan yang ideal dan mempunyai kulit yang mulus. Kebanyakkan antara kita suka menjadikan selebriti sebagai panduan untuk kurus. Biasanya wanita berkeluarga dan sudah melahirkan zuriat sememangnya agak berisi jika dibandingkan dengan ketika zaman anak dara.
ANAK DAH DUA TAPI BERAT BADAN MACAM ANAK DARA
Terbaru aktres cantik manis, Lisa Surihani yang kini berusia 33 tahun membuat naik satu posting di Instagram milik peribadinya mengenai berat badan dia. Diketahui umum Lisa telahpun mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Yusry KRU.
Namun begitu Lisa menyatakan bahawa berat badan untuk dirinya hanya lah di antara 48 hingga 49 kilogram sahaja. Jelasnya yang tidak malu berkongsi dengan semua peminatnya dia satu event.
MASIH MENJAGA PENGAMBILAN MAKANAN HARIAN
Menurut Lisa biarpun beratnya kini hanya dalam linkungan 40 kg namun dia masih lagi menitik beratkan setiap pengambilan makanan harian buat dirinya. Ramai peminat yang teruja akan perkongsian yang dibuat oleh selebriti kesayangan semua ini.
Tambah Lisa untuk memiliki bentuk badan yang diidami sememangnya disusuli dengan usaha keras demi melawan hawa nafsu untuk makan. Lisa memberitahu bahawa badannya juga akan lebih kekenyangan jika ketika mengalami datang bulan.
Oleh itu, dia akan terus menjaga pengambilan makanan hariannya selagi termampu demi untuk tidak naik berat badan lagi.
SELEPAS BERPANTANG MENGAMALKAN INTERMITTENT FASTING
Terdahulu Lisa ada berkongsikan rutin diet yang dilakukannya sebaik habis daripada berpantang anak keduanya itu. Lisa sebelumnya kelihatan sangat berisi dan setelah membuat diet itu, dia kembali seperti zaman anak muda.
Ramai warganet dan ibu ibu yang mencuba melakukan diet yang sama demi mendapat hasil bentuk badan ideal yang cantik. Perkongsian bermanfaat daripada Lisa ini patut dicontohi semua wanita agar badan sentiasa cantik dan terjaga.
Sumber: Instagram Lisa Surihani