Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kerja lebih 12 jam,berpanas & berhujan,syarikat kecilkan gaji. Inilah nasib menimpa Rider Food Panda akhirnya

Di zaman teknologi serba canggih kini semakin mudah untuk masyarakat kita melakukan aktiviti harian. Membeli makanan tidak terkecuali apabila banyak platform di atas talian menawarkan perkhidmatan penghantaran sehingga ke depan pintu rumah. Semakin mudah dan tidak perlu bersusah payah untuk keluar la kan?

Sumber Facebook

Dengan adanya platform sebegini, ianya bukan sahaja memudahkan pengguna, bahkan memberi peluang besar buat masyarakat yang memerlukan duit saku lebihan. Maklum lah dalam dunia yang penuh cabaran, kos sara hidup semakin tinggi jadi penghantar makanan adalah salah satu jalan penyelesaiannya.

Sumber Facebook

MOGOK BERJEMAAH

Terbaru, menerusi page laman facebook tular kisah sekumpulan penghantar makanan foodpanda yang berpangkalan di Johor Bahru melancarkan mogok secara berjemaah. Hal ini berikutan perasaan tidak puas hati mereka terhadap sistem baru dalam pembayaran gaji rider. Tujuan mogok ini adalah sebagai langkah awal untuk mereka menentang dan menyatakan perasaan tidak puas hati.

Sumber Facebook

RISIKO TAK BERBALOI

Menerusi mogok yang dilakukan, dapat dilihat air muka mereka sangat kecewa dengan bayaran yang tak sepadan dengan risiko yang perlu mereka hadapi setiap hari. Antara isi kandungan yang mereka cuba bantah adalah pihak syarikat kekalkan dan jangan mansuhkan sistem hours yang selama ini menjadi bonus utama buat mereka jana pendapatan.

Sumber Facebook

Selain itu, mereka turut meluahkan perasaan yang mana mereka selama ini sanggup berpanas dan berhujan semata-mata membantu melengkapkan pesanan pelanggan. Seterusnya, risiko di atas jalan raya yang sangat besar dan boleh mendatangkan kemudaratan untuk mereka sendiri. Tak kira lagi dengan perangai pelanggan yang perlu dihadap seperti kena marah sekiranya lambat sampai.

Sumber Facebook

SIMPATI DENGAN NASIB RIDER

Sumber Facebook

Menjengah ke ruangan komen, banyak reaksi netizen yang simpati dengan nasib rider foodpanda ini. Ada yang meluahkan rasa kasihan yang mana mereka berkerja lebih daripada 12 jam sehari namun bayaran yang dibuat diubah dan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Sumber Facebook

Dengan kejadian mogok ini, dapat dilihat sebenarnya ramai je anak muda kita yang rajin mencari nafkah dan lebihan wang saku. Sekali gus dapat menyangkal pandangan sesetengah pihak yang mengatakan anak muda kita sekarang malas dan goyang kaki sahaja di rumah.

Sumber Facebook

Kesimpulannya, diharapkan agar pihak syarikat penghantaran yang dimaksudkan dapat menilai semula pandangan mogok yang dilakukan ini demi kebaikan bersama dan menjaga kebajikan pekerja. Semoga urusan mereka juga dapat diselesaikan secara baik dan bertemu dengan jawapan adil bagi kedua-dua pihak.

Sumber: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

Kongsi artikel ini: