Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Wah, Zarina Anjoulie tayang boyfriend baru di IG! Siap ukir nama di dada sebagai tanda cinta

Haa. Kisah Zarina Anjoulie nampaknya masih belum reda apabila sebelum ini heboh di media sosial isu video yang dia menayangkan bahagian tak sepatutnya tersebar kepada umum. Ia tidak terhenti disitu apabila netizen amat terkejut dengan kejadian tersebut kerana sebelum ni penampilannya yang berhijrah kepada bertudung dan lantang bersuara untuk menegur isu-isu yang tular. Namun akhirnya terkena di batang hidung sendiri.

JEJAKA DUDA BERTATU

Terbaru, namanya hangat diperkatakan kembali apabila memuat naik gambar seorang jejaka di laman instagram miliknya. Apabila dirisik-risik katanya lelaki berkenaan adalah pernah berkahwin dan kini berstatus duda. Tapi, apa yang menjadi perhatian penulis dan netizen adalah penampilan lelaki berkenaan yang mana mengukir tatu berbentuk tulisan Zarina di badannya.

 

View this post on Instagram

 

Still in Bali 😍

A post shared by BEAUTY MAFIA (@zarina_anjoulie) on

Selain daripada tatu yang berukiran nama Zarina, dapat dilihat juga tatu yang telah dipotong dikatakan nama bekas isterinya dan dua lagi nama simbolik kepada anaknya iaitu Mason dan Camilla. Tak dapat dipastikan maklumat lengkap untuk bekas isteri dan keluarga lelaki berkenaan.

BERCUTI DI BALI

Gambar tersebut memaparkan yang kini Zarina sedang menikmati saat indah bercuti bersama pasangan kekasihnya itu di Bali.

“zarina djemat… His got my name on his chest YES his mine.” Tulis Zarina di ruangan kepsyen.

Sumber Instagram

Walau bagaimanapun, Zarina didapati menutup ruangan komen instagramnya itu sebagai langkah awal atau mengelak daripada menerima tazkirah daripada netizen kita.

PERNAH MENGAKU TEWAS

Dalam kontroversinya sebelum ini, Zarina pernah tampil memberitahu peminat yang dia kini sudah tidak bertudung lagi. Dia juga memohon maaf kepada semua dengan pilihan jalan perubahan yang dilaluinya kini. Dia juga menyatakan yang dia akan menerima segala baik buruk pandangan masyarakat terhadapnya.

Sumber Instagram

Zarina Anjoulie pernah berkahwin dengan lelaki warga Brunei namun ianya tidak bertahan lama apabila memilih jalan untuk membawa haluan masing- masing pada Disember 2016. Hasil perkahwinannya tedahulu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

 

View this post on Instagram

 

“ I hurt anju “ 🤣🤣🤣

A post shared by BEAUTY MAFIA (@zarina_anjoulie) on

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

Kongsi artikel ini: