Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kerana mulut badan binasa. Itu lah yang dapat digambarkan kepada kisah Jasmine Hamid ini kerana tindakan kurang bijak daripada seorang individu yang dikatakan mempertikaikan rupa paras anak Jasmin Hamid atau lebih tepat lagi menghina. Ianya telah menyebabkan Jasmin Hamid mengambil tindakan undang-undang bagi memberikan pengajaran buat individu berkenaan.
Kisahnya bermula apabila baru-baru ini Jasmin Hamid ada memuat naik gambar anak perempuannya itu di Instagram miliknya. Setelah itu, individu yang dikenali sebagai Izzatul Hairiyah Abdullah dengan beraninya meninggalkan komen yang dipercayai mempertikaikan rupa paras anak Jasmin Hamid. Sempurna sangat kah kita untuk bercakap kelemahan orang lain?
SELESAI DI LUAR MAHKAMAH
Namun, kes ini dapat diselesaikan di luar mahkamah apabila menurut peguam yang dilantik Jasmin Hamid iaitu Nasser Yusof memberitahu individu yang dimaksudkan telah bersetuju untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka, menarik segala kata-kata yang pernah dilemparkannya terhadap anak selebriti tersebut, membayar ganti rugi seperti yang diminta dan juga ucapan lisan di surat khabar.
Sebelum ini Jasmin Hamid ada memuat naik kata-kata yang ditinggalkan oleh individu berkenaan terhadap anak angkatnya itu iaitu Cicik (panggilan mesra) yang kini sudah berusia 32 tahun. Hal ini perlu dipandang serius dan patut diberi pengajaran. Individu berkenaan telah berulang kali menggelarkan dan menyamakan anaknya itu dengan nyah atau bapok.
SEBAGAI PERINGATAN
Secara tidak langsung dia menjejaskan emosi anaknya. Perkara berbaur hinaan tak boleh dipandang rendah dan disebabkan itu juaga lah dia berani mengambil tindakan undang-undang buat perlaku dan juga mengingatkan netizen lain supaya lebih menjaga kata-kata selepas ini.
“Walaupun keadaan fizikal anak saya macam mana sekalipun, tiada siapa berhak untuk mencela fizikal orang lain.” Jelas Jasmin Hamid.
Di samping itu, Jasmin turut memberitahu dia ada membuta tuntutan saman sivil kepada dua lagi individu lain yang membuat fitnah sama kepada anaknya di laman sosial. Namun ianya tidak dijelaskan secara terperinci status sebenar masalah tersebut.
Natijahnya, semoga kejadian yang menimpa Jasmin Hamid ini memberikan pengajaran buat kita semua dalam lebih berhati-hati sebelum meninggalkan komen ataupun bercakap. Merendahkan orang lain, menghina ataupun body shaming merupakan perkara yang perlu ditentang kerana dapat menjejaskan emosi seseorang itu.
NASIHAT JASMIN
Sumber: mStar Online, Instagram Pancaindera