Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mencari pasangan hidup yang boleh menerima baik buruk diri kita ini amat lah sukar. Kebanyakan akan memandang rupa terlebih dahulu dan menerima ketika diri kita senang. Namun, tak semua macam tu. Ini lah yang cuba dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Huzairie Yahya di laman Twitter miliknya.
Dia cuba menceritakan kisah pengenalannya dengan bakal tunang dahulu. Tetpi apa yang menjadi perhatian penulis adalah kisahnya tu mendapat kecaman dari pelbagai netizen.
THROWBACK TETAPI MENGHINA
Netizen menegur Huzairie bukan kerana kisah cintanya tetapi jejaka tersebut seolah-olah memandang rendah terhadap kekasihnya dahulu. Mengikut ceritanya, Huzairie mengakui mengenali kekasihnya itu sewaktu dia hita, tak lawa dan berpenampilan selekeh.
“Aku nak kongsi sedikit macam mana aku kenai dengan dia waktu dia hitam, tak lawa dan agak selekeh.”
And now apa yang berlaku? I memang salute dengan you sayang. Dan lagi 30 hari lagi kami akan bertunang.” Tulis Huzairie yakin.
AWEK MULAKAN DULU
Mengikut Huzairie, pengenalannya agak janggal kerana mula mula kekasihnya itu yang mulakan conversation. Selalunya menghantar pesanan peribadi melalui instagram dan menegur instastory miliknya. Pada awalnya dia merasakan kesian dan daripada kesian itu lah dia melayan segala DM kekasihnya itu.
Wanitanya itu tak pernah give up dan selalu ambil hati si Huzairie sehingga lah mereka berani berjumpa buat pertama kali.
GEMUK DAN TAK RETI MAKE UP
Pertama kali mereka berjumpa, kekasihnya itu kelihatan biasa dan tak da yang istimewa di matanya. Dengan badan yang gemuk, kulit hitam dan make up yang biasa membuat hati Huzairie diuji. Ketika itu dia hanya layan sekadar untuk jaga perasaan.
BERUBAH LAWA DAN RASA SAYANG
Dipendekkan cerita, perubahan yang sangat ketara buat kekasihnya itu apabila masuk je bulan Julai 2019, dia dah mula pandai dress up. Make up pun selalu on point dan yang paling penting tubuh dah tak gemuk serta kulit mulai putih. Disebabkan itu la dia mula serius dengan pasangannya ini dan mangambil keputusan untuk bertunang.
NETIZEM GERAM
Disebabkan perkongsian Huzairie ini membuatkan netizen kurang senang. Ianya menampakkan Huzairie memandang pada rupa walhal diri sendiri tak semengah mana. Kalau baca balik bebenang Huzairie, dia kerap kali bercakap pasal paras rupa, hitam dan gemuk seolah-olah dirinya dah cukup sempurna untuk memiliki gadis cantik di sisinya.
Ada netizen yang meminta agar Huzairie memadamkan bebenang Twitternya itu kerana perkongsiannya tidak memberikan makna apa-apa melainkan memalukan diri sendiri. Sepatutnya kekasihnya itu yang perlu reject Huzairie kerana memandang paras rupa dari awal lagi.
Kesimpulannya, perkongsian di media sosial ini ada baik buruk. Kena fikir panjang sebelum bercerita atau menulis takut nanti memakan diri. Huzairie hanya ingin tekankan jangan sebab penampilan hodoh kita menyesal sebab hodoh luaran boleh diubah. Tapi gaya penceritaan yang seolah-olah dirinya sempurna buat netizen rasakan mamat ni poyo.
PERKONGSIAN ASAL HUZAIRIE:
Disebabkan harini genap 1 Tahun perkenalan. Aku nak kongsi sedikit macam mana aku kenai dgn dia waktu dia hitam, tak lawa dan agak selekeh. And now apa yg berlaku? I memang salute dengan you sayang. Dan lagi 30 hari lagi kami akan bertunang 💕
Baca THREAD ni sampai habis. Ehek! pic.twitter.com/OP1IU1SO7U
— HuzairieYahya (@HuzairieYahya96) September 25, 2019
Sumber: Twitter Huzairie Yahya