Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Menggemparkan dunia! Kanak-kanak ini lahirkan bayi ketika usianya 5 tahun & menjadi ibu termuda dalam sejarah

Zaman dulu perkahwinan muda di usia belasan tahun adalah perkara biasa. Jadi tidak hairan lah ramai yang bergelar ibu di usia muda dan mempunyai ramai anak. Namun, ianya berbeza dengan kisah Lina Medina ini.

BERGELAR IBU DI USIA 5 TAHUN

Memang sangat hairan bila baca kisah Lina ini. Mana mungkin kanak-kanak sekecil dia boleh lahirkan anak. Tetapi Lina buktikan sebaliknya. Pada tahun 1939, Lina yang berasal dari kampong pedalaman di Peru mengejutkan dunia perubatan apabila didapati mengandung.

Lina Medina dan anaknya

Pada awalnya, ibu bapa Lina membawanya berjumpa doktor menyangka perut buncit anaknya itu ada ketumbuhan kerana membesar dalam beberapa bulan. Pemeriksaan dibuat buktikan sebaliknya. Dia sah mengandung dan beberapa minggu kemudiannya Lina melahirkan bayi yang dikandungnya dan menjadi ibu termuda dalam sejarah dunia.

Lina melahirkan bayi seberat 2.7kg pada 14 Mei 1939 secara caesarean memandangkan tubuhnya yang masih kecil dan sangat mustahil melahirkan secara normal. Anaknya itu diberi nama Gerardo sempena nama doktor yang memeriksanya dulu.

Sumber ati

STATUS BAPA MENJADI TANDA TANYA

Sewaktu kes ini terjadi di zamannya telah mengejutkan ramai pakar kanak-kanak malah menjadi bahan subjek spekulasi. Sudah pasti ramai yang keliru dengan kejadian ini dan menjadi persoalan siapa bapa kepada kandungan tersebut.

Sehingga kini, Lina dan keluarganya merahsiakan status bapa yang mengandungkan Lina serta mengelak daripada diketahui umum dan para pemberita. Mungkin menjaga aib dan air muka keluarga barangkali. Husnuzon!

Sumber ati

PRECOCIOUS PUBERTY

Susulan kejadian pelik ini, ramai pakar yang cuba mengkaji kes ini dan ahli endokrinologi ada memberitahu yang kejadian ini bukan perihal yang mustahil. Nisbah 1 dalam 10,000 kanak-kanak akan menghadapi ‘precocious puberty’.

Ianya adalah kematangan awal sebelum kanak-kanak berusia 8 tahun. Punca kematangan awal ini adalah disebabkan pengaruh terangsang terlalu awal dengan sentuhan sensual ketika usia muda.

Sumber ati

DATANG BULAN

Pengkaji kes ini juga percaya yang Lina datang haid sangat awal iaitu ketika usianya 8 bulan. Aduh, makin complicated dan bingung untuk percaya.. tetapi ada laporan lain pula mengatakan yang Lina ini datang bulan bermula 3 tahun. Yang ni masuk akal juga.

Bukan itu sahaja, bentuk badan Lina berbeza berbanding kanak-kanak seusianya ketika itu. Payudaranya sudahpun terbentuk malah pinggulnya lebih besar. Ketika dia melahirkan bayi di usia 5 tahun, badan Lina sudahpun terbentuk seperti wanita dewasa tetapi dalam badan si kecil.

Sumber ati

BAPANYA DITAHAN

Sekiranya betul kes Lina ini dalam kategori precocious puberty, sudah pasti akan ada pihak kedua dalam membantunya menghasilkan bayi. Dan identiti itu lah yang masih menjadi persoalan ramai pihak.

Lina tidak pernah membuat laporan atau memberitahu doktor tentang perhubungan yang terjadi itu. Pihak berkuasa ada menahan bapanya sendiri untuk jalan siasatan namun tidak berhasil dan tiada bukti serta saksi untuk menyalahkan ayahnya dalam hal ini.

KEHIDUPAN REMAJA

Di usia remaja, Lina berkerja pembantu di klinik doktor yang membantunya melahirkan Gerardo. Dengan duit itulah membolehkan dia untuk belajar dan menyekolahkan anaknya.

Sumber ati

Pada tahun 1970, Lina berjumpa dengan seorang lelaki bernama Raul dan berkahwin. Kemudiannya dia melahirkan anak kedua ketika umurnya 39 tahun. Mengikut cerita Lina dan Raul hidup dalam keadaan susah kali terakhir didengar mereka hidup miskin di kejiranan Lima bernama Chicago Chico pada tahun 2002.

Sehingga kini kisah Lina Medina menjadi tanda tanya dunia. Kehidupan peribadinya tiada siapa yang tahu dan dia berjaya menyorokkannya dari pengetahuan luar.

Sumber: ati

Kongsi artikel ini: