Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kehadiran ahli baru dalam sesebuah keluarga amat lah dinantikan oleh pasangan yang baru berkahwin dan merupakan pintu rezeki buat mereka. Dalam proses selepas bersalin, si ibu harus melalui proses berpantang bagi menyembuhkan luka dalaman serta luaran dengan baik. Namun, dewasa kini masyarakat kita kurang peka dengan amalan sebegini.
IBU BERPANTANG
Seharusnya si ibu perlu berhati-hati bila berjalan, amalkan selalu bertungku, elakkan makanan bergoreng dan yang paling penting perlu berhenti dari bersama suami paling kurang 100 hari selepas bersalin.
100 hari ini ataupun tiga bulan merupakan waktu yang paling singkat dalam memulihkan dalaman isteri. Ada sesetengah pasangan yang mengamalkan lebih dari itu dek kerana keprihatinan tentang kesembuhan luka dan itu adalah lebih baik.
SUAMI DAH TAK TAHAN
Baru-baru ini, ada seorang suami yang memuat naik perkongsiannya di page berkaitan rumah tangga yang terkenal di laman facebook sehinggakan ramai warganet kurang senang dengannya. Ini kerana perkongsiannya itu meluahkan rasa yang tidak sabar dalam menunggu proses berpantang dari si isteri walhal baru sahaja dalam tempoh 44 hari. Berikut adalah perkongsian asalnya:
“ASSALAMMUALAIKUM kepada ahli2 syurga semua.
kalau nak dikira sukatan nya, harini genap 44 hari isteri saya berpantang. untuk kepastian dan rujukan kepada saya dan kepada para suami yg kurang faham, hari keberapakah sang suami boleh bersama dgn sang isteri? jawapan yg relevan dan tepat amat diperlukan kerana kesabaran saya selama 44 hari sudah tidak lagi boleh bertahan..”
KENA BASUH DENGAN NETIZEN
Hasil dari perkongsian dari lelaki berkenaan menyebabkan ramai netizen tampil menyedarkan sikap yang harus ada pada suami dalam menjaga isteri selepas bersalain. Pada tempoh 44 hari, seharusnya dia memberikan sokongan moral dan sentiasa menjaga perasaan isteri bagi mengelakkan tekanan perasaan dan bukannya menambahkan lagi tekanan dengan meminta ‘berhubungan’ sewaktu isteri sakit.
Waktu yang paling sesuai adalah 100 hari berpantang kerana 44 hari selepas bersalin belum tentu jahitan dalam baik. Sakit ibu bersalin tak dapat digambarkan dan janganlah si suami mementingkan demi kepuasan diri sendiri. Jangan terlalu mendesak isteri ketika dalam proses pemulihan ini.
“Kalaulah suami tahu sakitnya bersalin tu…. erm, tegasnya 100hari tempoh utk btul2 pulih isteribyg lepas bersalin.. tp kl xboleh nak tgu mungkin boleh tgu sampai 60hari.. bagi lah masa isteri btul2 baik n sembuh.. bincangla elok2.. sabar byk2.. ni dikira pengorbanan suami pulak..” Komen salah seorang netizen.
SALING MENGHARGAI
Natijahnya, pengorbanan dalam rumah tangga perlu dikongsikan bersama dan bukan hadir dari sebelah pihak. Maksud berkorban di sini adalah dari segi perasaan dan juga masa. Si isteri telah korbankan rasa sakit untuk melahirkan bayi maka seharusnya suami buat seadanya dengan membalas menghormati dan melayan isteri dengan baik.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata para suami dan pasangan yang baru berkahwin dalam menjaga diri masing-masing sewaktu proses berpantang demi kesihatan jangka panjang.
Sumber: Kisah Rumah Tangga