Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Awas! Kalau bayi ada tanda lahir macam ni kemungkinan berisiko & perlu berjumpa doktor

Tugas sebagai ibu dan bapa amat lah sukar dalam membesarkan anak-anak. Bermula dari umur bayi hingga lah dewasa sudah pasti pelbagai dugaan yang ditempuhi terutama bila berhadapan dengan situasi kesihatan.

DEMAM SAWAN

Antara perkara yang sering membelengu anak-anak sewaktu kecil adalah demam sawan. Namun, seharusnya ibu bapa perlu pandai mengawal keadaan supaya keadaan tidak semakin mudarat. Antaranya jangan panik dan tanggalkan pakaian supaya suhu badan dapat dikurangkan.

Gambar sekadar hiasan

Kemudian baringkan badan ke sebelah kiri berserta keluarkan objek yang ada di dalam mulut anak. Yang paling penting adalah mengusap badan anak anda dengan kain basah ataupun lebih dikenali dengan mandi jerlum. Ianya dapat meredakan suhu badan.

TANDA LAHIR ADALAH PETANDA

Tapi, bukan cerita cara mengatasi demam sawan yang ingin penulis tekankan. Terbaru, Doktor Muhammad Uwais Al Qorni ada berkongsikan kepada ibu bapa di luar sana tentang tanda lahir pada badan bayi yang ramai ibu bapa tidak tahu.

Dr Muhammad Uwais

Mengikut perkongsian Dr Uwais, bayi yang memiliki tanda lahir memiliki risiko untuk terkena sawan. Tapi bukan semua tanda lahir yang berisiko. Yang dimaksudkan adalah Café au lait spot. Berikut adalah perkongsian asal Dr Uwais:

KAITAN ANAK DENGAN TANDA LAHIR DAN KEMUNGKINAN TERKENA SAWAN

Pesakit demam sawan tidak semestinya akan menjadi epilepsi. Namun risiko untuk mendapat demam sawan yang seterusnya adalah tinggi iaitu sekitar 30%.

Oleh itu, sentiasalah bersedia dengan membeli Thermometer dan ubat demam seperti Syrup Paracetamol/Syrup Ibuprofen setiap kali anak anda demam. Dua2 sama sahaja, jangan tanya doc yang mana satu lagi kuat ya.

Lagi satu, sebab ramai yang berminat nak tau tentang Cafe au lait spot, atau tanda lahir pada anak ni ada kaitan kah dengan sawan. Tanda lahir ada banyak jenis dan bentuk, secara general doc panggil Neurocutaneous stigmata.

Sumber Facebook

Ya! sekiranya anak anda memiliki tanda lahir, ada risiko (kemungkinan) untuk mendapat sawan.

Dari dulu lagi doc memang dah takut sangat, sbb antara anak2 doc memang Thohir seorang sahaja yang ada tanda lahir Cafe au lait spot ni. Warnanya seperti warna nescafe susu. Sebab dalam bahasa France memang maksud dia kopi susu.

BOLEH MEMBESAR

Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya. Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua2 penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.

Oleh itu, pesan doc, sentiasalah perhatikan bilangan dan saiz tanda lahir anak anda juga selain suhu badannya ya. Namun itu tidak bererti anak yang tidak mempunyai tanda lahir tidak akan terkena demam sawan ya!

BEZA SAWAN DAN DEMAM SAWAN

Penafian : Demam sawan dan sawan adalah berbeza ya! Sebab majority yang PM doc bertanyakan tentang tanda lahir dan demam sawan.

SAWAN– Sawan tanpa demam. Ada faktor sampingan lain termasuk beberapa jenis tanda lahir. Biasanya menjurus kepada epilepsy dan berterusan sehingga peringkat dewasa

DEMAM SAWAN – Sawan yang disebabkan oleh suhu badan yang terlampau tinggi (>38.5’C). Tidak bahaya jika suhu berjaya dikawal.

Merbahaya kalau dibiarkan tanpa buat apa-apa tindakan untuk menurunkan suhu kerana boleh menjeremus kepada status epilepticus di mana ia boleh menyebabkan kerosakan otak kekal dan kematian. Febrile seizure biasanya tidak lagi berlaku pada kanak2 dalam lingkungan 5-6 tahun.

Jadi elok lah doc bgtau siap2 di sini bahawa setiap bayi berpotensi terkena demam sawan, sama ada ada tanda lahir atau tidak.

NEUROCUTANEOUS SYNDROME BERISIKO TINGGI TERKENA SAWAN

Sumber Facebook

Bayi yang bertanda lahir yang berkaitan dengan sawan adalah berisiko lebih tinggi untuk terkena sawan. Dan tanda lahir tersebut dinamakan “Neurocutaneous syndrome”. Ada lebih kurang 6 jenis atau lebih tanda lahir yg begini dan doc akan rungkaikan satu persatu.

Tapi jangan risau kalau ada tanda lahir macam ini

Sumber Facebook

Nama tanda lahir ni adalah Mongolian Blue Spot. Jikalau anak anda ada tanda lahir ini, dan ianya hanya di bahagian punggung dan bersaiz sederhana, besar kemungkinan anak anda TIDAK akan mendapat sawan.

Harus diingat, anak anda masih berisiko mendapat demam sawan ya! Tapi itu bukan kaitan dengan tanda lahir jenis ini ya. So, jangan lah terlalu risau, ikuti langkah2 jika anak terkena demam dan anak anda akan sentiasa selamat daripada terkena demam sawan.

Mongolian blue spot ini adalah tanda lahir yang tidak berbahaya dan ia terbentuk bukan disebabkan bayi anda terhantuk sewaktu di dalam perut ya! Ada jugak org yg cakap mcm ni kat doc! Doc gelak senyap2 je lah.

Sumber Facebook

Sebenarnya kena pantau setiap tanda lahir anak. Punca tanda lahir ini terjadi adalah kerana sel melanocyte (Sel yang menghasilkan warna pada kulit) belum sempat masuk ke dalam sel epidermis (Sel kulit paling luar) sepenuhnya, maka ini menyebabkan warna kulit menjadi kelihatan lebih gelap dari kawasan kulit yang lain.

Lama kelamaan apabila sel melanocyte ini sudah semakin sebati dengan kulit, maka ia akan pudar dengan sendiri. Sebab tu bayi yang lingkungan 2 tahun sudah kebanyakannya hilang tanda ini. Tanda ini amat jarang dilihat pada anak yang berumur 6 tahun ke atas.

CARA MERAWAT

Cara rawatan? Memang tak perlu rawat sebab hilang sendiri ya. Dan sekali lagi doc nak tegaskan, pastikan anak anda sentiasa dipantau setiap tanda lahirnya.

Tak kira apa jenis tanda lahir sekalipun, jikalau tanda lahir tersebut berterusan dan membesar lebih dari kebiasaannya, jangan takut untuk membawa berjumpa doktor berdekatan.

Sumber Facebook

Natijahnya, semoga perkongsian dari Dr Uwais ini dapat memberi banyak input dalam mengenali penyakit yang bakal dihadapi si kecil. Sekiranya anak anda memliki petanda seperti cafe au lait spot ini seeloknya dibawa berjumpa doktor untuk dapatkan perubatan awal.

Sumber: Facebook Dr Muhammad Uwais Al Qorni

Kongsi artikel ini: