Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

[Foto] Inilah kisah pengasas RHB Bank yang rendah diri,wakafkan masjid & berniat untuk dikebumi di rumah Allah

Bila disebut perkataan kaya, sudah pasti ramai antara kita mengidamkannya. Bebas daripada belengu kemiskinan dan hidup tanpa tekanan. Namun, terlintas tak difikiran tentang apa dugaan yang kita akan lalui sekiranya dikurniakan harta jutaan ringgit? Adakah kita dapat membantu golongan asnaf ataupun gunakan wang jutaan ringgit ke jalan Allah?

Ramai yang mengidamkan kekayaan tetapi masih jahil untuk gunakan ke arah yang diredhai. Begitu juga dengan kisah pengasas bank yag tersohor iaitu Tan Sri Abdul Rashid. Beliau merupakan pengasas kepada bank RHB dan merupakan seorang yang berhati mulia.

TIDAK TERKENAL

Namanya langsung tidak pernah terdengar di media sosial dengan cerita-cerita menunjuk wang ringgit mahupun publisiti murahan. Tapi, apa yang membanggakan adalah kisahnya yang telah mendirikan 3 buah masjid yang setiap satunya bernilai jutaan ringgit.

MASJID SRI SENDAYAN

Kisah hebatnya Tan Sri Abdul Rashid ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Farhan Che Hassan. Dia menceritakan yang Masjid Sri Sendayan yang baru siap dibina dan dibuka untuk jumaat lepas untu solat jumaat adalah hasil sumbangan wakaf dari Tan Sri Abdul Rashid. Alhamdulillah hebat sungguh pengorbanannya.

Sumber Facebook

SENI BINA ISLAM TURKI

Menjengah masuk ke ruang dalaman masjid dapat dilihat karya seni bina Islam Turki diterapkan ke setiap sudut dan sisi masjid melambangkan adat Islam di Timur Tengah. Sudah pasti kos belanja untuk membina masjid seindah ini menelan belanja yang sangat besar.

Sumber Facebook

Selain Masjid Sri Sendayan, Tan Sri Abdul Rashid juga telah membina dua masjid lain. Salah satunya adalah Masjid A’isyah yang terletak di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi. Manakala sebuah lagi di Seremban iaitu Masjid Hussain 2 yang menelan kos RM22.6 juta.

Sumber Facebook

INGIN DIKEBUMIKAN DI MASJID SRI SENDAYAN

Mengikut perkongsian Farhan lagi, pada asalnya nama masjid ini ingin dinamakan atas namanya sendiri tapi akhirnya diubah kepada Masjid Sri Sendayan atas faktor untuk jaga hatinya dan mengelak dari difitnah.

Sumber Facebook

Khabar ada mengatakan Tan Sri Abdul Rashid ada menyediakan ruang dan berniat untuk dikebumikan di masjid yang diwakafkannya ini. Wow sungguh hebat kemuliaan hati yang Allah gerakkan buat hambaNya ini.

Sumber Facebook

Untuk yang tidak mengenali, RHB Group bermaksud Rashid Hussain Berhad. Rashid Hussain merupakan anak lelaki bongsu kepada seorang lelaki kelahiran Pulau Pinang Mohammed Hussain, yang kemudian berpindah ke Singapura dan membangunkan perniagaan yang berjaya di sana. Ibu beliau berketurunan Melayu dan Arab.

Kesimpulannya, masihkah kita lalai dan tidak sedar? Biarpun kita ni sekadar cukup makan dan tak kaya di dunia, adakah kita mampu untuk berkorban sedemikian. Apa pun semoga kisah Tan Sri Rashid ni mampu dicontohi dalam kita beribadat dan bukannya untuk dibanggakan.

Sumber: Facebook Farhan Che Hassan

Kongsi artikel ini: