Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan cerita kontroversi dari seorang pelakon iaitu Zarina Anjoulie. Dikatakan beberapa hari lepas tular videonya yang menunjukkan dia sudah tidak bertudung dan berpakaian menampakkan bahagian dadanya. Urmm mengucap panjang bila penulis tengok.

Dah lama tak dengar cerita Zarina ni dan dia pun kurang aktif di televisyen. Dia lebih fokus menguruskan perniagaan di akaun instagram. Sebelum ini Zarina Anjoulie sangat lantang bersuara membidas sekiranya timbul sesuatu isu rakan artis di mata netizen.

DIRI SENDIRI TEWAS

Dengan penularan video menjolok matanya itu di media sosial, Zarina akhirnya memuat naik gambar yang mana dia sudah tidak lagi bertudung. Pada ruangan kepsyen dia memohon maaf dengan perubahan yang dipilih dan dia redha menerima ayat-ayat pedih dari netizen.

”Aku tewas maafkan aku.. Aku terima kecaman dgn minda yg terbuka..” Tulisnya.

Sumber Instagram

PEMINAT KECEWA

Menjengah di ruangan komen, ramai pengikutnya meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan tindakan yang dipilih oleh Zarina ini. Seperti yang kita tahu, Zarina sangat lantang bersuara apabila dilihat menegur artis yang bersikap hipokrit tetapi akhirnya terpalit ke diri sendiri.

Sumber Instagram

Ada yang berpendapat kemungkinan Zarina memilih jalan yang salah gara-gara pengaruh rakan yang negatif, sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya.

IMAN SENIPIS BAWANG

Menarik di mata penulis, dalam banyak yang mengkritik dan menghentam Zarina, namun ada pihak yang positif dan menasihat dirinya. Tiada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Dah jadi lumrah manusia iman senipis kulit bawang, kejap boleh jadi jahat dan sekejap boleh menjadi baik.

Namun netizen meminta agar Zarina memikirkan hal anak sebelum membuat apa-apa tindakan selepas ini dan muhasabah diri terlebih dahulu supaya tidak tersasar dalam mengejar hal keduniaan malah dapat menjaga aib diri sendiri.

Apa pun kita doakan sahaja agar Zarina dipertemukan dengan ketenangan hati dan kembali ke fitrah asal sebagai hambaNya serta berubah ke arah yang lebih baik suatu hari nanti.

VIDEO TERDAHULU

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here