Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dulu handsome sekarang buruk! Wanita ini buktikan cinta sejati masih wujud biarpun suami berubah wajah

Bila kita membina masjid atas dasar cinta yang ikhlas, penuh dengan kasih sayang sudah pasti kebahagiaan yang menanti. Ketepikan harta dunia dalam memilih pasangan dan berjuang bersama-sama dalam melayari bahtera, pasti berkekalan hingga akhir hayat.

SETIA HUJUNG NYAWA

Cerita ini mengisahkan cinta seorang isteri yang masih setia menunggu dan menjaga sang suami biarpun kini suami terlantar kesakitan. Sungguh hebat kasih sayang yang ditunjukkan oleh wanita ini biarpun berat dugaan yang menimpa suaminya.

Sumber facebook

Dikenali sebagai Nurr Hidayah Hassan di laman facebook miliknya, dia ada berkongsikan kisah meruntun perasaan, suaminya kini mengalami masalah penyakit kulit pada tahap serius. Pada awalnya dia berkongsikan kisah tersebut bukan untuk meraih simpati tetapi hanya untuk berkongsikan pengalaman hidup dengan pengguna facebook yang lain.

Ikuti kisah perkongsian dari Hidayah di bawah:

BERPUNCA DARI ALAHAN UBAT AKIBAT SAKIT MATA

Gambar ni masa awal-awal lepas suami beransur pulih. Masa baru buat Facebook ni takut nak upload sebab saya tak nak orang kutuk suami saya.

Tiap kali upload gambar berdua pasti saya tutup muka suami, tiap kali itu juga lah orang tertanya-tanya kenapa tutup muka. Sampailah satu saat saya tunjuk muka suami, semua terkejut.

Sumber facebook

Semua nak menangis dengan dugaan yg saya alami. Tapi apa nak kata Allah masih sayang saya. Masih sayangkan perkahwinan kami yg degil ni.

Dari hari ke hari kulit semakin pulih. Cuma keadaan mata yg semakin teruk. Moga ada keajaiban aminn. Tak pernah tak sayang. Cinta halal kasih sampai syurga jannah.

STEVE JOHNSON SYNDROME

Buat yg tak tahu, sakit suami saya bukan sakit kulit ya. Punca dari sakit mata, alergik dgn ubat terus burn satu badan. Alergi yg dialami paling teruk, Steven Johnson Syndrome.

Sakit yg jarang org kena dan sakit yg susah dirawat. Allah memberi sakit, Allah la penawar 1001 sakit dlm dunia ini. Allah uji sebab Allah sayang pada hamba-hambaNya. Aminn. Moga aku kuat utk harungi masa akan datang. Jauh lagi perjalanan kami. Hasbunallahuawanikmalwakil…

Sumber facebook

Doakan mata suami saya dapat melihat macam dulu ya, dapat sebelah pun jadilah. Jgn mengeluh jika diuji sebegini. Bersyukurlah. Jika kita rasa apa yg Allah duga ini sgt teruk, ada yg lagi teruk dari ini.

Saya redha saya ikhlas saya tak dendam, saya nak suami dapat melihat macam dulu walaupun sebelah mata. Dia tak dapat kerja pun saya tak kisah, janji dia dapat melihat isteri dia yg comel ni. Duit bole dicari, kasih sayang sampai mati. Moga diri ini kuat cari rezeki walau rezeki online dari rumah.

Sumber facebook

HARAP DAPAT MELIHAT SEPERTI SEDIA KALA

Awalnya saya tak berkongsi gambar kerana keadaan suami saya sangat mengaibkan (wajah suami ketika dalam ICU). Yg mana tahu, tahulah, tak perlu saya kongsi. Sekarang keadaan suami luaran memang nampak ok tapi dalaman hanya Allah saja yg tahu.

Sumber facebook

Disebabkan alergi ubat suami saya kehilangan penglihatan, suami saya hilang punca pendapatan, suami saya tak boleh sara kehidupan kami.

BUKAN UNTUK MERAIH SIMPATI, CUKUP SEKADAR DOA

Saya tidak minta simpati, saya memang jenis suka share aktiviti sy di media social, tak sangka pula viral. Tapi hati isteri mana tak sedih melihat suami yg dulu sempurna fizikalnya kini hidup dalam keadaan org kurang upaya. Cukup anda tahu seburuk mana suami saya, saya takkan tinggalkan dia.

Sumber facebook

Saya akan jaga suami saya sampai akhir hayat saya. Cuma doakanlah suami saya dapat melihat seperti dulu walau hanya sebelah mata. Orang tak lalui apa yg saya rasa. Terima kasih atas doa-doa kamu semua.

Dugaan setiap manusia berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Semoga Hidayah dan pasangan diberi kecekalan untuk menghadapi ujian yang sementara ini dan juga diberi kesembuhan buat suami tercinta.

Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata masyarakat untuk kenal erti bersyukur dan menghargai pasangan masing-masing.

Sumber: Facebook Nurr Hidayah Hassan

Kongsi artikel ini: