Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

[Video] Ini Penampilan Zarina Anjoulie BELANJA Live Story Hingga Terbeliak Mata Netizen

Walaupun sudah tidak lagi aktif di kaca televisyen, pelakon jelita Zarina Anjoulie sering kali menjadi buah mulut netizen dengan mulutnya yang lantang bersuara tidak kira isu mengenai apa sekalipun. Zarina banyak lantang bersuara apabila timbulnya sensasi mengenai artis yang juga rakan sekerjanya pada satu ketika dahulu.

Sumber Instagram

Terbaru Zarina mempunyai kontroversi panas bersama rakan baiknya dahulu,Fathia Latiff. Mereka begitu rapat sehinggalah berlakunya isu yang telahpun senyap.

VIDEO INSTA STORY MENJOLOK MATA, POST PAKAI TUDUNG

Terbaru tular dimedia sosial apabila Zarina bertindak membuat live di insta story milik peribadinya dengan aksi dan imej yang bertentangan dengan imej yang ditonjolkan di posting instagramnya. Zarina suatu ketika dahulu memang seorang yang penuh kontroversi dan seksi, namun dia telah menukar imej setelah berkahwin dan tinggal di Brunei.

Zarina begitu anggun dengan imej bertudungnya dan sering kali membuat perkongsian gambar yang menarik. Namun begitu, netizen sangat terkejut dengan video insta story itu apabila Zarina kelihatan telah membuka tudung dan lebih mengejutkan adalah pakaian yang dipakai juga sangat seksi dan menjolok mata.

NETIZEN TIDAK TERKEJUT DENGAN PENAMPILANNYA

Video itu telah tular di Twitter dan mendapat banyak perhatian yang negative dan positif daripada warga net. Ada yang begitu hairan apa yang menyebabkan Zarina berbuat demikian dan juga netizen yang tidak terkejut dengan penampilan itu. Jelasnya, Zarina boleh melakukan apa jua yang diingininya demi satu kontroversi.

Sumber Instagram
SENGAJA UNTUK MENDAPAT KONTROVERSI DAN POPULARITI

Menurut netizen, mereka berpendapat bahawa aksi itu hanyalah satu gimik untuk Zarina yang kini diam untuk terus timbul di medan seni dengan kontroversi dirinya. Video itu hanya akan membuat dirinya lebih popular dan menjadi bualan mulut netizen dan juga rakan rakan seperjuangan.

Ada juga netizen yang berpendapat menyebarkan video ini hanya lah satu perbuatan yang salah kerana ianya juga aib untuk pelakon ini. Apapun semoga Zarina tahu apa yang dilakukan itu samaada betul mahupun salah, sebagai komuniti prihatin kita hanya mampu berdoa bagi yang terbaik buat dirinya.

Sumber : Zarina Anjoulie

Kongsi artikel ini: