Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nasib hidup manusia ni tak sama dan tak selalunya indah sepertimana yang kita impikan. Ada nya berakhir dengan kegembiraan malah ada jugak yang berakhir dengan air mata. Ada yang mendapat rezeki kesenangan ada juga mendapat rezeki anak.
Namun begitu berbeza dengan kisah seorang makcik yang dikongsikan oleh seorang wanita di Twitter. Perkongsian yang dibuat itu telah mendapat retweet sebanyak 3.5k dan like 1.8k daripada netizen prihatin.
UMUR 82 TAHUN, TANGAN KENA STROKE
Wanita ini memuat naiksatu video dimana merakamkan makcik yang sedang makan nasi. Wanita ini memberitahu bahawa makcik ini berumur 82 tahun dan sedang user fizikalnya. Perihal ini membuatkan wanita ini teringat akan neneknya dikampung. Makcik ini bernama Che Yah dan berasal daripada Kelantan dan tinggal di Lorong 5.
Menurut kongsian itu, makcik ini melarikan diri daripada rumah anaknya, Sabariah kerana anaknya itu tidak menjaganya. Che Yah telah menaiki bas Transnational daripada Kelantan ke Besut dan hamper jatuh di tangga ketika ingin menuruni bas, namun ditolong oleh dua orang lelaki.
Che Yah mengalami stroke pada bahagian tangannya dan sudah tidak larat untuk berjalan.
MAKAN BANYAK MACAM BELA SAKA
Che Yah memberitahu bahawa anaknya itu tidak memberinya makan kerana menurut Che Yah dia makan dalam kuantiti yang banyak disebabkan sakit didalam perut, gastrik. Namun hal itu telah membuatkan anaknya marah dan mengatakan bahawa Che Yah makan banyak kerana memberi makan kepada saka belaannya.
hye guys, help TOLONG SPREAD KAN MAK CIK NI 😭🙏🏻🙏🏻. ada mak cik ni nama dia “Che Yah” dia lari rumah dia sebab anak-anak dia tak jaga diaa.. dia naik bas transnasional ke terengganu, kesian mak cik ni tak larat sangat ,jalan pun nak tumbang.. pic.twitter.com/gyuwifSnWQ
— F.A (@farra_deebaa) September 16, 2019
Transalation daripada luahan Che Yah
Tambah Che Yah tangannya juga ketar dan tidak berasa apa pun disebabkan oleh stroke itu. Dia membawa diri tanpa pengetahuan anaknya. Jelasnya lagi, Sabariah tidak akan mempedulikan jika Che Yah lari daripada rumah kerana mengangap anaknya itu tidak ada belas ihsan terhadap dirinya sebagai seorang ibu.
DIBAWA KE JKM BESUT
Menurut update daripada wanita ini, Che Yah kini telah dibawa ke JKM bahagian Besut untuk tindakan lanjut kerana hal ini adalah luar bidang kuasa polis. Marilah kita sama sama doakan supaya Che Yah sentiasa sihat dan kuat semangat menjalani hari hari seterusnya tanpa kasih sayang seorang anak.
Sumber : Farra Deebaa