[VIDEO] Tumit merekah & hitam hilang dalam masa 5 minit, hanya guna barang dapur. Wanita ini tunjukkan caranya

Masalah tumit merekah sering membelengu kaum wanita. Tidak dapat disangkal, dengan beban kerja yang ditanggung selain di pejabat, tanggungjawab menguruskan hal rumah tangga menjadi faktor kepada masalah merekah ini.

ALAS KAKI JADI PUNCA

Banyak berjalan ataupun menggunakan alas kaki yang tidak sesuai boleh menjadi penyumbang utama. Namun, untuk mengubatinya tidak memerlukan modal yang besar sekiranya kita tahu petua yang baik.

Kita boleh mengubatinya sendiri melalui peralatan yang ada di dapur. Wanita ini yang dikenali sebagai Siti Norshafika Amran ada berkongsikan cara mengubati kaki merekah dalam masa 5 minit sahaja. Di bawah adalah perkongsiannya:

DUA BARANG SAHAJA

Tip tumit merekah bersinau dalam 5 minit hanya guna 2 barang je. Jangan duk pandang rendah tang tumit merekah. Tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak

Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! Orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. Bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umur baru 26. Malu sungguh!

Datin berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang kat dapur je. Mudah dan senang. Anak-anak tidur mommy-mommy boleh la belai tumit.

BAHAN-BAHAN

Limau dan garam
Berus gigi berbulu kasar

HASILNYA!

Sebelum
Selepas

Ha bersihkan! Dah tahu cara mudah bolehlah cuba dan share dengan kawan-kawan lain ya.

VIDEO CARA BUAT

Diharap perkongsian dari Siti ini memberi manfaat buat kita semua. Tak semestinya untuk dapatkan hasil yang cantik memerlukan modal yang tinggi. Sebenarnya ada je perkakas di dapur yang dapat membantu kita dapat hasil yang lebih mujarab.

Amalkan selalu dan hasilnya juga lebih baik. Sekiranya cara ini mendatangkan kesan gatal atau tidak sesuai dengan kulit, dinasihatkan agar anda berjumpa yang lebih pakar untuk dapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Facebook Siti Norshafika Amran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *