Kalau tiada perkataan baik, lebih baik diam! Ini pesanan Tuanku Azizah buat lawan ataupun kawan

Harini tular di media sosial apabila akaun twitter Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah deactivated berikutan mendapat cemuhan daripada beberapa individu di sesawang twitter. Gara-gara tidak berpuas hati apabila Tunku terlalu mesra dan mendapat pujian di media sosial.

Tuanku bagaimanapun sehingga kini masih tidak memberi maklum balas berkenaan nyahaktif akaun twitter baginda itu. Seorang lelaki benama Teme Abdullah di laman twitter miliknya ada memuat naik gambar bersama Tuanku Azizah dan juga Yang di-Pertuan Agong.

TUANKU AZIZAH KIRIM SALAM

Yang menariknya, perkongsian Teme bukan hanya sekadar bergambar dengan Tuanku malah dia menyampaikan amanat dari Tuanku Azizah yang mana mengirim salam kepada seluruh rakyat tak kira yang suka ataupun yang membenci baginda.

Sumber Twitter

“The King & Queen of Malaysia.

Baginda tuanku boleh saja mengupah pelukis ternama bertaraf dunia utk melakar wajah baginda menghiasi istana. Tetapi baginda berdua merendah diri, mencemar duli turun ke bawah & memilih lukisan seorang anak muda mcm aku. Begitulah tuanku dgn rakyat.” Tulis Teme di twitternya.

RAKYAT YANG BELUM MATANG DAN TAK BERSYUKUR

Menurut lelaki ini lagi, kita sebenarnya sangat beruntung kerana mempunyai penaung yang sangat rendah diri. Sanggup mencemar duli semata-mata untuk bersama rakyatnya. Tapi disebabkan oleh beberapa individu yang langsung tidak kenal erti budi dan jati diri, menyebabkan isu tidak sepatutnya timbul.

Sumber Twitter

Memang benar, Tuanku sebenarnya tidak perlukan publisiti pun untuk dipuji oleh masyarakat kerana jika diperhatikan, gambar baginda dah terpampang penuh di dinding dan merata tempat.

Sumber Twitter

GAMBAR BAGI YANG MERINDUI TUANKU

“And about the pictures, aku dah dapatkan perkenan keizinan Kebawah Duli Tuanku untuk berkongsi di social media aku. No worries.

Nah… Buat yang rindu pada tuanku.” Tulis Teme lagi.

Sumber Twitter

NETIZEN BERTERIMA KASIH

Hasil perkongsian Teme ini disambut baik ramai pengguna twitter. Rata-rata mengucapkan terima kasih dengan penulisan Teme ini yang sedikit sebanyak dapat membuka mata sesetengah pihak yang masih tidak matang dalam menghormati penaung Negara. Ramai yang turut bersedih hati dengan kejadian penyahaktif akaun twitter Tuanku.

Sumber Twitter
Sumber Twitter

Natijahnya, sekiranya kita tidak mampu menyumbangkan perkara baik kepada Negara, lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kata-kata busuk. Jangan jadi seperti langau yang boleh merosakkan daging. Semoga perkongsian Teme Abdullah membuka mata kita tentang adat dan adab dengan penaung Negara.

Sumber: twitter Teme Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *