Aku tak suka kau! Rakaman Baby Shima dihalau Aliff Syukri ketika pelancaran lagu Cowok Baru

Kontroversi antara Dato’ Aliff Syukri dan Baby Shima masih berlarutan seperti mana tiada jalan penyelesaian antara kedua dua pihak. Pada awalnya bermula dengan komen dari Baby Shima mengenai nyanyian lagu terbaru Aliff Syukri namun dia tidak berpuas hati dengan komen tersebut.

AMARAN BUAT BABY SHIMA

Lalu bermula lah drama sindir menyindir antara mereka di media sosial hingga ke hari ini. Menurut video yang dimuat naik di TV Terlajak Laris, Aliff Syukri ingin memanjangkan dan membawa hal ini ke mahkamah kerana tak dapat mengawal perasaan tertekannya.

DIJEMPUT KE PELANCARAN LAGU

Terbaru, menerusi posting di instagram, Baby Shima ada meluahkan perasaan kecewanya berikutan layanan yang diberikan oleh pihak Aliff terhadapnya. Baby Shima dijemput untuk majlis pelancaran lagu terbaru Aliff Syukri iaitu Cowok Baru.

Namun apa yang mengecewakannya adalah Shima telah mendapat layanan kurang baik dan tidak dibenarkan masuk. Jadi apa tujuan undangan tersebut?

BABY SHIMA DIMALUKAN

Berikut adalah perkongsian asal dari Baby Shima:

Sumber Instagram

“Pihak dato undang shima utk datang ke Prescon Dato, shima tak nak buruk sangka so shima datang atas saranan pihak pengurusan shima.. tapi shima tak sangka pihak dato telah malukan shima.. buat apa ada kad undangan kalau tak boleh masuk? apa tujuan dato sebenarnya? ikut kan shima pun x nak datang.

Tapi disebabkan shima tengok dato sudi bagi kad jemputan jadi shima tak nak buruk sangka dan dalam pemikiran shima mungkin dato ingin berdamai.. tapi disebaliknya.

Atas nasihat pihak pengurusan shima,di minta semua bersabar dan bertenang , nanti pihak kami akan memberi keterengan..terima kasih.” Tulis panjang Shima diruangan kepsyen.

UPIAK TURUT MENGALAMI EPISOD YANG SAMA

Cerita kontroversi bukan terhenti di situ sahaja apabila penyanyi duet dalam lagu Cowok Baru, Upiak sendiri ada menulis komen yang dia turut makan hati.

Menurut Upiak, dia bukan sengaja untuk tidak turut serta dalam mempromosikan lagu tersebut tetapi persaan kecewanya dengan sikap tidak professional, pada awal lagi dia sudahpun dihina dari segi fizikal.

Sumber Instagram

Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada seteru antara dua selebriti ini hanyalah lakonan ataupun gimik. Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan kedua-duanya mendoakan masalah ini diselesaikan secara baik.

Sumber: instagram Baby Shima, Upiak, lambe_turah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *