Gara-gara mulut netizen ini, Twitter Permaisuri Agong @cheminahsayang dalam mod deactivated

Kebelakangan ini cerita terus daripada istana kini dapat dirasai kita semua dek kerana kemesraan Raja Permaisuri Agong terkini, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah yang begitu open minded untuk berkongsian aktiviti seharian Tunku dan keluarga.

Sumber Instagram

MENJADI IKUTAN DAN IDOLA RAKYAT JELATA

Banyak perkongsian Tunku menjadi ikutan netizen contohnya masakan Tunku dan juga pemakaian Tunku yang begitu sopan dan tradisional itu. Tunku yang sangat mesra di akaun Twitter peribadinya @cheminahsayang mempunyai 253K pengikut dan rata rata yang dikongsi oleh Tuku menjadi viral dan trending.

Sumber Instagram

Netizen berpendapat bahawa Tunku dan keluarga mempunyai jiwa rakyat dan senang didekati dimana saja. Tunku menjadi tumpuan apabila Tunku sangat mesra di khalayak ramai ketika sambutan hari kemerdekaan yang diadakan di Putrajaya baru baru ini.

PUAS HATI TWITTER PERMAISURI AGONG DAH DEACTIVATE?

Terbaru kita semua digemparkan dengan deactivate akaun twitter milik Permasiruri Agong oleh kerana cemuhan oleh netizen pada awal pagi semalam. Seorang netizen telah memuat naik status bahawa dia sudahpun block akaun twitter milik Permaisuri Agong dan puteri nya kerana dia mengatakan dia tidak menyukakan perihal kemesraan itu.

Sumber Twitter

Thread di tiwtter itu menjadi lebih hangat apabila ramai yang memarahi remaja itu kerana bertindak kurang bijak. Ramai netizen berpendapat bahawa Permaisuri Agong hanyalah ingin mendekati rakyat dan tidak berbuat apa pun kesalahan.

PAKAT SEMBAH MACAM BERHALA

Menurut remaja ini, dia tidak menyukakan pendekatan yang dilakukan oleh Raja Permaisuri Agong kerana ramai netizen yang menjadikan Tunku sebagai idola dan seolah menyembah Tunku dan keluarga.

 

Sememang akaun sosial media itu adalah hak individu tersendiri dan kita tidak berhak untuk memberikan sebarang komen kerana hal hal begini ialah sangat subjektif dan setidaknya kita memberi aura yang negative terhadap sesuatu perkara.

BRING BACK OUR QUEEN

PATUTNYA BERSYUKURLAH PERMAISURI BERJIWA RAKYAT

SOOOO SAD KENAPA ADA ORANG TOXIC MACAM NI

Apa pun semoga @cheminahsayang kembali aktif dan terus melakukan update dari istana melalui kongsian keibuan Tunku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *