Pernah tak anda terfikir macam mana orang dahulu kala kelihatan cantik padahal ketika zaman itu tiada lagi teknologi kecantikan seperti sekarang laser mahupun cucuk vitamin. Namun, wajah mereka masih lagi cantik dan bersih.

Sumber facebook

PETUA ZAMAN DAHULU

Petua zaman dahulu kini makin dipinggirkan. Bagi wanita moden perkara tersebut dah pun lapuk dan tidak efektif untuk diamalkan. Sebenarnya tanggapan itu salah dan petua lapuk ini adalah khasiat sebenar untuk cantik dalam jangka masa panjang.

Sumber facebook

Wanita ini yang hanya dikenali sebagai Afieyzea Aleeschaylee di laman facebook miliknya telah membuktikan bahawa sebaliknya tentang tanggapan buruk berkenaan petua orang dulu.

CANTIK LUAR CANTIK DALAM

Hanya menggunakan kunyit dan badam madu dalam menghasilkan susu awet muda, Afieyzea tampil dengan wajah yang sangat berseri dan flawless. Bukan sekadar seri di luar malah seri di dalam juga memainkan peranan dalam penampilan cantik wanita. Di bawah adalah perkongsian daripadanya:

Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.

Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!

Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.

HASILKAN SUSU GUNA KUNYIT DAN BADAM

Bahan – bahan :

1. Susu rendah lemak.
2. 1 inci kunyit ditumbuk kasar.
3. 2 sudu madu.
4. 3 biji badam ditumbuk kasar.

Sumber facebook

Cara membuat:

1. Panaskan susu masukkan kunyit hidup.
2. Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
3. Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
4. Kacau dan boleh terus diminum.

Amalan

1. Minum dua kali seminggu sebelum tidur.
2. Boleh diamalkan waktu datang bulan.
3. Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.

Hasilnya

Sumber facebook

Kesimpulannya, untuk memiliki wajah yang cantik menawan bermula dari dalaman. Penghasilan horman dan tenaga dalaman membantu secara tidak langsung untuk wajah kelihatan lebih segar. Semoga perkongsian dari Afieyzea ini memberi manfaat buat  kita semua.

Sumber: facebook Afieyzea Aleeschaylee

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here