HIBURAN Viral

Sibuk Neraka Orang,Syurga Sendiri Terabai. Fiza Halim Kesal Dengan Sikap Mulut Netizen Tiada Insurans

Dah jadi lumrah seorang artis yang sering diperhatikan oleh netizen gerak geri setiap saat. Pantang buat silap sikit pasti aka nada yang menepelak. Untuk jadi seorang public figure kena ada satu sifat kental untuk tidak pedulikan apa masyarakat kata supaya tidak terkesan dengan kerja seharian.

Sumber Instagram

Fiza Halim antara salah seorang artis yang sering menjadi buah mulut netizen dalam setiap perkara yang dilakukannya sehinggakan dia berasa kurang selesa. Menurut Fiza, yang merupakan bekas ahli kumpulan Elite, tidak salah untuk menegur tetapi biarlah ianya tidak keterlaluan sehinggakan cepat keluarkan hukum.

Terbaru di akaun instagram miliknya, dia ada memuat naik gambar dengan kepsyen luahan hati setelah ramai yang mengkritik dan menyalahkannya dari segenap segi.

Sumber Instagram

“Aku nak tengok siapa nak kecam.. Pakai jubah pun kena kecam, nampak bayang kat tudung botol pun kena kecam, rambut sehelai terkeluar pun hampa boleh zoom.

“Hebat hebat. Bulu hidung, bulu ketiak, bulu tutttt hampa tak mau zoom ka?

“La ni aku nak tanya hampa semua, kalau cerita kami yang lama keluar kat tv yang tak pakai tudung, macam mana pulak cerita tu?

“Hampa tak pi DM kat stesen tv ka? Come on la. Nasihat boleh nasihat. Tapi biarlah berpada-pada.

“Dan yang paling best, hat dok komen semuanya private account.” Tulis panjangnya.

Sumber Instagram

“Sebelum hampa semua nak cakap pasal aurat, mulut lidah pun kena jaga juga. Aku mengaku aku bukan orang baik tapi aku pelan-pelan nak belajar jadi baik.

“Aku tak suka hipokrit! Bukan aku. Ni daripada hampa semua sibuk dok cari neraka orang, hampa jangan lupa, jangan sampai syurga hampa sendiri terabai na.

“Kita semua dah tua. Tunggu nak mampuih ja. Masing-masing tau dah kot nak jaga diri sendiri.

“Macam aku anak dah keluar 3 dah… Kalau lepas ni hampa dah tak minat dan taknak suka aku pun, aku tak kisah.

“Bukan hampa mai ketuk depan rumah aku mai bagi mentedarah kat aku. Aku adalah aku.

“Tak perlu nak tunjuk baik depan orang. Kalau orang bak kata aku mulut jahat, memang pun.

“Aku terima. Allah lebih tau apa niat hamba-hamba dia. Ada ja tak kena di mata hampa.” Tambahnya lagi.

Kesimpulannya, menjadi lumrah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Tidak salah untuk menegur tetapi biarlah dalam bahasa yang baik supaya penyampaian itu lebih sempurna berbanding cepat menjatuhkan hukum kepada seseorang itu sehinggakan lain pula jadinya terguris hati.

Semoga apa yang disampaikan oleh Fiza ini boleh membuka masyarakat kita supaya lebih hati-hati menjaga penulisan di media sosial.

Sumber: Instagram Fiza Halim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *