HIBURAN Viral WANITA DAN KELUARGA

Pernah Rujuk Melalui Hubungan Kelamin. Boy Iman Mengaku Ini Kali Ketiga Perpisahan Mereka

Dunia hiburan tanah air digegarkan dengan berita keretakan rumah tangga pelakon dan juga kontraktor terkenal Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman. Terbaru Boy Iman mengesahkan yang dia kini kembali solo selepas rumah tangga yang dibinanya terlerai.

Menurut Boy Iman lagi, mereka telah jatuh talak tiga kerana sebelum ini mereka pernah berpisah iaitu kali pertama pada tahun 2015 dan kali kedua dua tahun selepas itu, 2017. Atas dasar kasih dan sayang, mereka kembali bersatu sebelumnya tamat tempoh edah.

Sumber Instagram

Sewaktu perpisahan yang berlaku sebelum ini, Boy Iman dan pasangan, Ida tidak mendaftarkan ataupun failkan ke mahkamah syariah. Namun kali ini untuk kali ke tiga ianya masih lagi dalam pemprosesan mahkamah.

“Sebenarnya ini adalah penceraian kali ketiga saya dengan Ida (Kumala Dewi), kali pertama berlaku pada 2015 namun kami kembali rujuk atas dasar sayang.

“Penceraian kedua pula berlaku pada 2017 namun kembali rujuk atas alasan yang sama, malah kami tidak memfailkan penceraian kerana sudah rujuk melalui hubungan kelamin.” Jelasnya.

Sumber Instagram

Boy Iman membuka mulut berkaitan isu rumah tangganya ini di instagram miliknya terdahulu bagi mengelakkan timbulnya salah faham di kalangan netizen.

Jelasnya, hubungan mereka masih lagi baik biarpun berpisah, mereka saling menghormati dan tidak jadikan perpisahan ini sebagai punca kea rah permusuhan. Tambahnya mereka masih beraya sekali untuk Aidil Fitri dan juga Aidil Adha.

Sumber Instagram

Apabila disoal punca keretakan rumah tangganya, Boy Iman mengaku bahawa faktor kewangan dan juga perniagaan yang merundum menjadi salah satu permasalahan antara mereka. Walau bagaimanapun ianya bukanlah punca utama, jodoh tidak panjang.

“Saya tak nafikan keruntuhan rumah tangga ini adalah berpunca daripada masalah dalam perniagaan namun ia bukan punca utama.” Katanya lagi.

Semoga segala urusan Boy Iman dan Ida dipermudahkan dalam menempuh hari yang mendatang. Jadikan ini sebagai pengajaran untuk kita lebih matang dalam sesuatu perhubungan.

Sumber: mstar, Instagram Boy Iman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *