Keluarga Viral WANITA DAN KELUARGA

“Biar saya cium kaki ibu” Rayu Pengasuh Selepas Kantoi Masukkan Ubat Tidur Dalam Susu Bayi

Kehidupan pada masa kini yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi sudah pasti memaksa isteri turut serta mencari nafkah membantu si suami dalam memenuhi keperluan seharian. Oleh kerana kedua-duanya terpaksa keluar mencari nafkah, sudah pasti urusan anak perlu diganti dengan pengasuh dalam memastikan pakaian serta makan minum dijaga dengan rapi.

Namun, ada beberapa perkara yang perlu para ibu bapa menitik beratkan dalam menangani risiko apabila anak dijaga oleh pengasuh, yakni seseorang yang belum tentu kita kenal isi dalamnya. Mengimbau kembali kes pengasuh, tahun ini sahaja Negara kita heboh dengan laporan kecuaian pengasuh ketika anak-anak kecil di bawah jagaan mereka.

 

Disebabkan inilah, risiko negatif perlu ibu bapa sekalian perlu awasi agar anak tidak menjadi mangsa keadaan. Terbaru timbul lagi satu kes melibatkan kecuaian pengasuh yang tular di media sosial. Kali ini mengisahkan tentang seorang pengasuh yang mengambil jalan singkat dengan memasukkan ubat tidur ke dalam susu bayi di bawah jagaannya.

 

View this post on Instagram

 

Kenapa di lepas gitu aja? Saya cuma kepikiran anak anaknya masih kecil juga dan perempuan . Saya ga mau jd batu sandungan buat berkatnya org ini , sy cuma kasih warning biar org ini sadar . Sy share ini semua juga bukan karna apa sy cm mau bagi apa yang saya alami agar lebih hati hati lg nitipin anak anak sama baby sister atau art sendiri . Kalo ditanya hancur hati ga ? Pasti . Karna anak sy harus muntah terus setiap minum susu dokter bilang lambungnya lg penuh sama gas , dan dosisnya pun masih bekerja di dalam tubuh anak saya . Tp yang buat sy bisa begini cuma karna saya percaya Tuhan yesus baik , ini kebuka bukan secara kebetulan tp waktunya tuhan untuk sy buka mata sm org ini . Bagian saya saat ini cuma bergumul untuk bs mengampuni pribadi lepas pribadi , urusan hukuman dll saya yakin tuhan punya pembalasannya sendiri karna sy tau betul membalas bukan Hak saya . Maaf sy ga bs balas DM satu satu tp sy bersyukur banyak yg respect sm kejadian ini . God bless temen temen yg sy kenal maupun baru dikenal . Semoga kejadian ini ga menimpa kalian 😊

A post shared by Vierza Belinna (@febevierza912) on

Bayangnya seorang bayi kecil sudah diajar dengan ubat yang dosnya tinggi sudah pasti akan mengganggu kesihatan pada jangka panjang. Hal ini disedari ole majikannya apabila bayinya itu amat sukar untuk dikejutkan walaupun telah diangkat. Di situ lah timbulnya keraguan terhadap kesihatan anaknya.

Sumber Instagram

Sejurus itu, ibu bayi berkenaan terus memeriksa kandungan susu yang diminum oleh anaknya itu dek kerana berasakan sesuatu yang tidak kena dan ternyata ianya mengandungi campuran ubat tidur di dalamnya.

“Malam itu, suami saya suruh mengejutkan bayi kami, tetapi tidak bangun juga walaupunn dicium, ditepuk-tepuk dan juga sampai diangkat.

Sumber Instagram

Saya periksa baki susu yang dibuat dan menciumnya sebelum mendapati terdapat bau anggur merah lalu saya bandingkan dengan susu yang saya buat.” Terang ibu bayi berkenaan.

Pengasuh wanita mengakui perbuatannya yang menggunakan jalan mudah untuk menidurkan bayi setelah mana berkali-kali disoal siasat oleh majikannya itu. Menurutnya lagi perbuatan khianatnya ini baru sahaja dilakukan tiga hari sebelum ianya diketahui oleh ibu bayi berkenaan.

Pengasuh wanita ini memberitahu yang dia menggunakan ubat tidur ini bagi memudahkan kerjanya yang lain supaya tidak terlalu berkepit dengan bayi.

“Biar saya cium kaki ibu.” Rayu pengasuh wanita.

Hal ini boleh dikategorikan sebagai berat namun si majikan membuat keputusan untuk memaafkan pengasuhnya itu dan tidak memanjangkan kes ini ke pihak berkuasa. Baginya dia menerima dan percaya apa yang berlaku buat keluarga mereka adalah salah satu ujian untuk sentiasa beringat dan jangan terlalu mudah percaya.

Sumber Instagram

Semoga dengan perkongsian ini juga memberi peringatan kepada ibu bapa di luar sana agar tidak mengambil mudah dalam memilih pengasuh kepada bayi kecil agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Hidup di zaman jahilliah, ramai yang mementingkan diri berbanding membuat kerja dengan ikhlas.

Sumber: instagram febevierza912

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *