HIBURAN Viral

Rumah Tangga Goyah & Kemana Hilangnya Suami? Nina Iskandar Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Tahniah buat pelakon cantik jelita Nina Iskandar atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar kerana baru sahaja selesai mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah iaitu Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah baru-baru ini.

Sebelum ini, suaminya Lan pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pramugari. Namun ianya berakhir pada bulan Februari lepas selepas 9 tahun bersama atas sebab yang tidak dinyatakan. Tapi, nama Nina ada dikaitkan menjadi punca kepada keruntuhan rumah tangga seorang penolong pengarah.

Sumber Instagram

Nina menegaskan bahawa perkara itu tidak benar dan dianggap fitnah ke atas dirinya dalam mencemarkan nama baik dalam industri hiburan. Dia juga ada melantik peguam dalam menguruskan hal tersebut supaya tidakan wajar diambil bagi tuduhan yang tidak berasas.

Sumber Instagram

Terbaru, ada segelintir netizen mempertikaikan ke mana hilangnya suami Nina gara-gara dia tidak memuat naik gambar suaminya di akaun instagram. Hal ini mencetuskan kontroversi di kalangan peminat sama ada Nina sedang mengalami masalah rumah tangga dengan Lan Lebah ataupun sebaliknya.

Sumber Instagram

Jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, Nina tampil menjelaskan yang dia sengaja untuk tidak berkongsi gambar suaminya bagi menjaga privasi dan juga bagi mengelakkan timbulnya sebarang fitnah.

“Tuan-tuan dan puan puan. Kalau orang tak kongsi gambar dengan suami / isteri mereka tak bermaksud mereka dah bercerai.

“Kadangkala mereka hanya mencuba untuk melindungi privasi peribadi mereka.

“Daripada Ain. Daripada fitnah. Daripada mulut macam korang ni.” Jelasnya

Sumber Instagram

“Jadi saya berkongsi apa yang saya mahu kongsi. Saya benarkan anda untuk mengetahui apa yang saya pilih sahaja.

“Kehidupan saya, privasi saya. Jadi, jangan nak skeptikal sangat pasal hidup orang ya.

“Saya dah nikah lama pun saya rahsiakan, apatah lagi isi hidup rumah tangga saya. Renung-renungkanlah.” Tambah Nina lagi.

Semoga dengan penjelasan Nina ini menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya peminat selama ini. Dan diharapkan rumah tangga yang dibina kekal utuh dan bahagia sehingga anak cucu.

Sumber: Instagram Nina Iskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *