HIBURAN Viral

Bila Disapa Hal Tak Jadi Kahwin, Ini Ulas Remy Ishak Bila Ada ORANG LAIN Yang Gelabah

Anda kenal dengan Remy Ishak? Seorang bintang Bollywood dan pernah melakonkan watak dalam filem Fast n Furios. Tak da lah. Dia ni aktor kacak Malaysia yang menjadi kegilaan ramai peminat wanita semenjak dia masuk industri hiburan ni dek kerana ciri kejantan tall and dark yang dimiliki.

Bagi yang tidak mengenalinya, nama sebenar aktor ini ialah Mohammad Zalimei bin Ishak dan dilahirkan pada 11 April 1982. Dia mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh pengarah Osman Ali pada tahun 2006. Dia mula mencipta nama menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia pada tahun 2009 yang ditayangkan di TV3.

Remy Ishak juga terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen termasuk Cinta Jangan Pergi, Cik Serba Tahu dan Kekasih Paksa Rela. Antara filem-filem terkenal pernah dilakonkannya ialah Anak Halal, Evolusi KL Drift 2, Cun! dan Nur Kasih The Movie, Jiwa Taiko dan Hantu Kapcai dan terbaru filem Pulang.

Sepanjang kerjayanya, Remy telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon, termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia. Woww boleh tahan abang Remy kita ni.

Sumber Instagram

Apabila disapa soal jodoh, Remy mengaku yang dia masih belum berjumpa dengan kekasih hati sebagai pengganti kisah lalu. Menurut Remy lagi, sekiranya ada yang berkenan ataupun terjumpa di mana-mana pasaraya akan dia hebohkan kepada peminat kelak.

Sumber Instagram

“Bohonglah kalau saya cakap tak pernah fikir soal kahwin tetapi buat masa ini perlu beri sepenuh perhatian terhadap karier lakonan. Saya masih solo dan belum bertemu pengganti. Kalau ada jodoh, saya akan beritahu.” Ulas Remy.

Tidak dinafikan bila sebut je perihal kahwin, siapa yang tak teringin. Tambah-tambah umurnya dah pun menjangkau 37 tahun. Takkan umur 50 anak baru masuk tadikan kan. Tapi tidak dinafikan aktor kegilaan ramai ni tak mamah dek usia dan kelihatan macho dari usianya.

“Saya juga mohon semua peminat mendoakan yang baik-baik sahaja. Saya bergurau sahaja dengan pihak media apabila mengumumkan tarikh majlis kahwin. Tak sangka pula ia jadi sensasi. Saya yang tak jadi kahwin, orang lain pula yang menggelabah.” Tambahnya lagi.

Diharap agar Remy Ishak cepat berjumpa dengan jodoh yang baik-baik dan berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *