HIBURAN Viral WANITA DAN KELUARGA

Luar Biasa Panas Bertukar Hujan Lebat. Neelofa & Ibunya Terkedu Kongsikan Pengalaman Wukuf Di Arafah

Seperti mana yang kita ketahui bahawa seluruh umat Islam sedang melaksanakan tuntutan rukun Islam ke lima iaitu menunaikan fardhu haji bagi yang berkemampuan. Beberapa hari lalu, Jemaah haji selesai menunaikan ibadat wukuf di Arafah.

Ibadat wukuf ini antara rukun haji yang mana bagi mengingatkan kembali kisah Adam A.S dan Hawa diturunkan ke bumi. Mereka dipisahkan dek kerana ingkar dengan perintah Allah dan termakan hasutan iblis.

Di Jabal ar Rahmah lah mereka bertemu kembali selepas 40 tahun terpisah. Jadi, di sini semua Jemaah haji berkesempatan memohon doa agar diampunkan segala dosa dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukakan.

Antara artis Malaysia yang berkesempatan melaksanakan ibadat haji ini adalah Neelofa. Dia sempat berkongsikan beberapa detik situasi yang menggambarkan kebesaran Allah S.W.T dalam menerima jemputan umatnya dalam melaksanakan ibadat wukuf.

Sebelum ini, Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mengalami masalah visa sebelum tiba di tanah suci. Pada kali ini, dia menunaikan ibadat haji di Makkah bersama ibunya dan ditemani oleh dua adik lelaki yang mana mahramnya.

Sumber Instagram

 

Sumber Instagram

 

Sumber Instagram

 

Sumber Instagram

 

Sumber Instagram

 

Sumber Instagram

 

Sumber Instagram

Terbaru, Neelofa ada memuat naik video di instastory miliknya yang menunjukkan perubahan cuaca dari panas kepada tiba-tiba bertukar hujan. Langit yang sebelumnya cerah berubah kepada mendung disertai dengan angin kuat dan bunyi guruh.

Dalam perkongsian video tersebut, dilihat Jemaah menyambut syukur dengan berdoa tanpa henti. Walaupun mereka dilihat berkeadaan basah disebabkan hujan namun ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskan ibadat kali ini.

Hujan merupakan rahmat dari Allah S.W.T kepada hambaNya dan ini dikatakan salah satu keajabain yang ditunjukkan kepada kita bahawa segala kekuasan terletak di tanganNya yang mana boleh mengubah sesuatu keadaan dengan izin.

Semoga semua Jemaah haji pada tahun ini di bawah lindunganNya dan semoga urusan dipermudahkan untuk pulang dengan selamat kelak.

Sumber: Instagram Neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *