Viral WANITA DAN KELUARGA

“Ini Apa Yang Saya Suka”. Wanita Bertudung Menari Lincah Dalam MRT Menarik Perhatian Netizen

Apa yang terlintas di fikiran anda apabila melihat seorang wanita bertudung likup menari di tempat umum? Sikap berani yang ditampilkan oleh si gadis manis ini dengan menari dalam koc Transit Aliran Masa (MRT) telah menarik ramai mata netizen.

Mana tidaknya dia seorang yang berhijab tampil lincah menari di tempat umum telah menerima pelbagai reaksi umum. Ramai yang memuji kejelitaannya di samping gerak tarian yang agak memukau malah ada yang turut pertikaikan kelakuannya.

Sumber Instagram

Mestilah menjadi buah mulut masyarakat melayu kita apabila seorang bertudung berpewatakan sedemikian. Wanita ini yang dikenali sebagai Nurin Afiqah Zulkifli memberitahu bahawa apa yang dia ingin tonjolkan adalah menyebarkan aura positif semata-mata,tidak lebih dari itu.

Segala kritikan ataupun pandangan netizen atas apa yang dilakukannya itu diterima baik demi menambahkan segala kekurangan yang dimiliki. Itu adalah hak masing-masing jelasnya.

“Ia sebenarnya rakaman untuk satu jenama pakaian. Saya memang tahu ia mungkin akan jadi topik hangat bila wanita berhijab menari.

“Tapi ini merupakan apa yang saya suka. Saya juga sudah tiga tahun jadi jurulatih zumba. Baca komen tu terasa juga, tapi saya tak mahu balas semula.

“Apa yang mereka kata tu betul, saya ambil sebagai nasihat untuk perbaiki diri pada masa akan datang. Orang tegur, kita perbaiki.” Jelas Nurin.

Bercerita mengenai zumba, dia mengakui yang ianya adalah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi yang malas melakukan senaman biasa atau untuk ke gim.

Sumber Instagram

“Saya menari untuk suka-suka sahaja, lebih kepada kecergasan diri. Malas pergi gim atau jogging, boleh zumba.

“Saya sebenarnya berhasrat untuk tembusi setiap universiti di negara ini dan buat program zumba.

“Untuk rahsia penjagaan wajah, saya memang obses dengan air kosong. Setiap hari kena banyak minum air kosong.” Tambahnya.

Disapa berkaitan wajah yang cantik pula, Nurin hanyalah mengamalkan minum air kosong sahaja tanpa memiliki sebarang petua untuk dikongsikan. Dah mak ayah cantik, mestilah anak pun cantik kan? Hee.

VIDEO TARIAN:

 

View this post on Instagram

 

I dont dance well, but i surely know how to have fun ☃️

A post shared by Nurin Afiqah 🌻 (@nurinafiqaaah) on

Rata-rata Nurin dihujani dengan pelbagai komen dari netizen. Ada yang setuju apa yang cuba disampaikan olehnya itu dan memuji dengan kelincahan tarian yang ditonjolkan. Dari segi negatif sudah pasti ramai yang tidak setuju tambah-tambah dengan penampilan bertudungnya.

Semoga mesej yang cuba disampaikan oleh Nurin ini disambut baik oleh masyarakat kita dan mungkin keadaan lokasi atau tempat tarian tidak sesuai dan sukar diterima. Natijahnya, di sinilah Nurin boleh baiki untuk next videonya sebagai tatapan umum.

Sumber: Instagram Nurin Afiqah Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *