DALAM NEGERI Viral WANITA DAN KELUARGA

Terhibur Dengan Kanak-Kanak Istimewa Ini Jual Tisu Sambil Nyanyi Lagu Mat Saleh

Kat Negara kita memang dah biasa kalau kita lepak kat kedai makan atau kat mana-mana akan datang individu yang memohon sumbangan ataupun menjual apa sahaja barang contohnya mainan budak-budak, power bank, tisu dan pelbagai lagi. Cara begini mereka dapat menampung kos sara hidup seharian dek kerana tidak mampu bekerja dengan cara lain, tak kira usia, kanak kanak atau yang sudah tua.

BUDAK ISTIMEWA PANDAI SPEAKING JUAL TISU

Baru-baru ini tular di akaun Twitter peribadi milik Huda mengenai seorang anak istimewa yang berusia lebih kurang 9-12 tahun yang mempunyai watak istimewa sambil meminta sumbangan orang ramai. Menurut Huda budak lelaki ini pandai mengambil hati orang awam dengan telatah comelnya.

Sumber Twitter

Budak lelaki yang dijumpai ini di AEON Melaka dikatakan sangat popular di sini kerana dia sentiasa menghiburkan orang awam dengan nyanyian lagu darinya setelah orang awam memberi sumbangan. Dia tidak lokek dengan perbualan rancak dan begitu yakin sekali menyanyikan lagu hit English sebagai tanda terima kasih kepada yang memberi sumbangan.

AYAH YANG HANTAR

Menurut komen di ruangan Twitter ramai warga Melaka yang sudahpun mengenali budak lelaki ini dan ura-ura ada yang mengatakan bahawa budak lelaki ini pernah memberitahu bahawa dia telah dihantar oleh ayahnya sendiri untuk meminta sedekah dengan hanya menjual tisu terbabit.

Budak lelaki ini anak sulung daripada tiga adik beradik yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan yang genetik dan berpewatakan istimewa ini. Jelas netizen lagi budak lelaki ini akan berada disekitar Melaka dalam masa satu hari contohnya sekejap di AEON, sekejap di Sg Udang, sekejap di KWSP Alor Gajah dan hampir seluruh Melaka.

Tambah netizen, budak lelaki ini membeli tisu di kedai Watson dengan harga RM1.90 dan menjualnya dengan harga RM1 kerana kebanyakkan yang memberi sumbangan kepadanya hanya dengan nilai RM1.

BELI TISU DI WATSON RM1.90 TAPI JUAL DENGAN HARGA RM1

Begitulah kesempitan hidup sesetengah individu yang kita tidak tahu, tapi dalam hal ini kita boleh katakannya sebagai perdagangan manusia jika betul bapanya menghantar anaknya untuk melakukan aktiviti sumbangan sebegini. Mohon pihak berwajib menjalankan siasatan supaya tiada pihak yang teraniaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *