Pakaian Tak Sesuai Dengan Majlis,Akhirnya Janna Nick Buka Mulut Menjawab Isu Pakaian Ketat

Sebelum ini dunia hiburan heboh dengan isu pemakaian Janna Nick yang agak ketat. Apa yang lebih menarik perhatian adalah pemilihan pemakaian yang diperagakan oleh Janna Nick itu tidak sesuai dengan majlis yang dihadirinya apabila perlu menyampaikan ceramah motivasi di lokasi umum dan bukannya universiti atau kolej seperti didakwa.

Antara komen netizen

Gara-gara itu, ramai yang mengkritik dan tidak bersetuju dengan penampilannya. Justeru itu, Janna tampil memohon maaf berkenaan insiden tersebut dan kurang peka atas apa yang terjadi. Dia menerima posotif teguran mahupun kritikan daripada netizen ini demi kebaikan dirinya sendiri sebagai public figure.

“Saya minta maaf kepada semua dan saya mengaku kesilapan tersebut memang datang daripada saya.

“Saya yang tidak peka dalam pemilihan pakaian ketika itu, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menegur saya.

“Saya ambil positif semuanya dan selepas ini saya akan perbaiki pemakaian supaya bersesuaian dengan acara.” katanya ketika ditanya perihal isu tersebut.

Sejurus menyampaikan ceramahnya dalam majlis ilmu baru-baru ini, ada mulut yang perasan bahawa pemakaian kemeja dan jeans oleh Janna ini ketat dan tidak melambangkan imej yang sesuai dengan ceramahnya. Komen tersebut adalah menerusi video yang dimuat naik di laman instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

Saya lebih setuju “AVOID MISTAKES “ bukan “ LEARN FROM YOUR OWN MISTAKES” @whitefluffy.my

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Saya terima yang saya seharusnya lebih sopan dalam majlis ilmu, walaupun tidak dilakukan dalam universiti atau kolej.

“Kekhilafan saya ini, akan dijadikan pengajaran dan panduan untuk masa hadapan.” Tambahnya lagi.

Bagi yang tidak mengenali Janna Nick, nama sebenarnya ialah Nurul Jannah binti Muner. Dia dilahirkan pada 1 Jun 1995. Dia mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012) dan mula dikenali secara meluas menerusi peranan sebagai Nur Jannah dalam siri drama waktu perdana yang diiktiraf secara kritis, Syurga Nur (2015) bersama Azrel Ismail dan Amar Asyraf.

Janna mula meraih pengiktirafan meluas menerusi watak utama sebagai Iman Firdaus dalam siri drama, Kau Aku Kita (2015) bersama Saharul Ridzwan yang mana beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.

Sumber: Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *