Terkini Viral WANITA DAN KELUARGA

Hanya Kerja Pengutip Sampah,Nenek Ini Mampu Sedekah RM3K Berkat Kumpul 5 Tahun Untuk Raya Qurban

Sebagai seorang manusia kita sudah tentu selalu mengeluh dengan cabaran hidup yang dewasa ini semakin mencabar dalam sejenak segi. Namun begitu, kisah seorang nenek yang berusia 60 tahun ini adalah satu yang sangat memberi inspirasi kepada semua peringkat umur.

Nenek Sahnun merupakan seorang warga Mataram Lombok, Indonesia yang juga merupakan seorang yang susah dan hanya bekerja sebagai pengutip sampah botol saban hari untuk meneruskan hidupnya seharian.

BERJALAN 3KM UNTUK MENGUTIP BOTOL

Nenek Sahnun sanggup berjalan sejauh 3km sehari demi mencari botol untuk dijual dan dijadikan hasil untuk sesuap nasinya pada hari tersebut. Namun begitu nenek Sahnun tidak lah mengeluh seperti sesetengah orang yang masih sihat untuk bekerja dan meneruskan hidup.

Warga emas ini tetap bersemangat meneruskan pekerjaannya sebagai pengutip botol walaupun dia hanya memakai pakaian yang buruk dan lusuh.

KORBAN SEEKOR LEMBU

Yang dikagumi mengenai kisah warga emas ini dia telahpun menderma sejumlah wang yang besar bagi pihak masjid untuk menjalankan aktiviti korban bagi meraikan Raya Haji yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pihak masjid sangat terkejut apabila nenek Sahnun menderma sebanyak RM 3000 yang bernilai untuk seekor lembu untuk bersaiz sederhana untuk dijadikan Qurban pada tahun ini.

 

Bagi sesetengah masyarakat jumlah wang itu tidak lah besar tetapi cuba kita bayangkan usaha nenek ini yang hanya mengutip botol untuk melakukan sesuatu ibadah yang mulia dan tidak pun lagi mampu bagi yang berkemampuan tanpa izin Allah.

Jelas nenek Sahnun dia sudah tidak dapat ingat bila dia mula menabung untuk akitiviti Qurban ini kerana dia sudahpun menabung sejak lama dahulu. Ternyata niat murni nenek Sahnun dipermudahkan oleh Allah dan hal ini patut dijadikan contoh kepada setiap lapisan umur. Allahu Akhbar!!

Kredit: KompasTV, YOY Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *