Petua TIPS DAN INFORMASI Viral WANITA DAN KELUARGA

Redakan Sakit Senggugut Tanpa Makan Ubat Tahan Sakit. Doktor Ini Kongsikan 6 Cara Semula Jadi

Hampir semua wanita akan mengalami sakit senggugut ini dan jangan dibuat dengan sakit ni kerana ia boleh mengubah mod wanita dari baik kepada singa jadian. Hehe. Tidak dinafikan disebabkan sakit senggugut ini, ramai wanita di Malaysia ambil mudah dengan menelan ubat tahan sakit seperti ponstan ataupun panadol untuk meredakan kesakitan.

Walhal tabiat ini sangatlah tidak baik untuk kesihatan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Umum pun mengetahui perihal ini namun siapa yang sanggup menahan sakit ni kan?

Seperti diketahui dengan pengambilan ubat penahan sakit ini boleh memberi kesan terhadap kitaran haid. Selain itu ianya berisiko terhadap fungsi buah pinggang sekiranya pengambilan dalam keadaan tidak terkawal. Ianya nampak mudah tapi berbahaya.

Jadi, di sini IV cuba mendapatkan beberapa pandangan dari pakar untuk memulihkan sakit senggugut ini secara semula jadi. Dan menurut perkongsian dari Dr. Zubaidi Hj Ahmad, dia menasihatkan agar para wanita mengikut amalan semula jadi seperti di bawah.

Wanita ini tak perlu makan ubat penahan sakit seperti Ponstan dan Panadol. Sebaliknya lakukan amalan semula jadi ini.

Caranya minum air mineral suam dibancuh dengan sedikit halia. Sapu dengan sedikit minyak atau krim panas. Ini sudah mencukupi.

Ini kerana katanya ramai yang mengalami kitaran haid yg terganggu bila menelan ubat tahan sakit.

PETUA REDA SAKIT SENGGUGUT TANPA MAKAN UBAT TAHAN SAKIT

Dalam pada itu mereka yang selalu mengalami sakit senggugut juga boleh amalkan petua ini setiap bulan. Semua petua ini adalah semula jadi tanpa perlu makan ubat tahan sakit.

1. BERTUNGKU

Gambar sekadar hiasan

Senggugut berlaku kerana pengecutan otot rahim yang keterlaluan dan juga disebabkan ada darah beku yang terkumpul didalam rahim. Dengan bertungku, anda membantu otot rahim untuk mengecut dengan lebih konsisten dan dalam masa yang sama memecahkan darah beku yang ada dalam rahim.

Apabila otot rahim mengecut dengan baik dan tiada lagi darah beku, darah haid akan keluar dengan aliran yang lebih baik lalu mengurangkan kesakitan senggugut yang anda alami.

2. TEH HERBA

Gambar sekadar hiasan

Secawan teh herba panas sememangnya menenangkan dan membantu mengurangkan kesakitan senggugut dengan cara melancarkan perjalanan darah dan merehatkan otot rahim. Kandungan fenolat dalam teh membantu menghilangkan kesakitan.

3. DARK CHOCOLATE

Gambar sekadar hiasan

Coklat gelap atau dark chocolate yang pahit tanpa susu adalah ubat senggugut yang sangat berkesan. Coklat gelap merembeskan hormon yang menyebabkan badan anda terlupa tentang kesakitan yang sedang dialami. Namun, makan dengan berpada. Nanti naik pula berat badan anda.

4. ELAK MAKAN MAKANAN TINGGI LEMAK

Ambil serius hal ini! Berhenti makan makanan dengan kandungan lemak tepu yang tinggi. Contoh: aging lembu, kambing, dan produk tenusu. Kajian mendapati makanan ini mengakibatkan pengecutan rahim menjadi lebih kuat!

5. JAGA PEMAKANAN

Elakkan juga daripada ambil garam, karbohidrat, serat, dan minuman berkafein. Pengambilan garam secara berlebihan menyebabkan keradangan dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan coklat gelap kurang manis.

6. BERSENAM

Gambar sekadar hiasan

Menurut kajian Dr Ellen Yankauskas dari Women Center of Family Health, senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan kimia bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melegakan kesakitan dan tekanan emosi. Cuba saja senaman-senaman ringan, jika anda tak larat!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda dan jangan lupa untuk amalkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *