Keluarga Semasa Terkini Viral WANITA DAN KELUARGA

Bapa Jual Kereta Kesayangan Demi Kos Penyakit Anak-Ikuti Kisah Sebak Bapa Prihatin Ini

Anak anak merupakan sebuah bentuk rezeki dalam rumahtangga pasangan yang telah berkahwin. Anak anak juga merupakan anugerah dan Amanat Allah untuk ibu bapa menjaga dan menyayangi. Anak anak merupakan harta dunia dan akhirat yang tidak dapat digantikan dengan harta benda mahupun wang ringgit.

JUAL KERETA UNTUK PEMBEDAHAN ANAK

Begitu juga dengan kisah seorang bapa, Mohd Rajab kepada anak istimewa Nur Aaira Humairah yang sanggup menjual kereta miliknya demi membiayai kos perubatan anaknya itu. Adik Aaira mempunyai penyakit lebihan air dalam kepala yang menyebabkan dia berkepala besar.

Mohd Rajab merupakan seorang penjual lampu LED dan memerlukan bantuan bagi menampung kos pembedahan anaknya itu. Dia berhasrat untuk menjual sebuat kereta TOYOTA model SEG dengan harga RM8,000 yang berlokasi di Putrajaya.

TIGA KALI PEMBEDAHAN

Menurut bapa Aaira,anaknya telah menjalani tiga kali pembedahan termasuklah pembedahan membuang darah beku, kedua dan ketiga adalah bagi membuang lebihan air dalam kepala.

Semasa kongsian yang dibuat oleh sibapa anaknya itu sedang menjalani pembedahan bagi memasang tiub untuk membuang air daripada kepala ke perut anaknya itu. Menurut bapanya duet sumbangan yang diterima itu disimpan bagi membuat persediaan jika GL tidak lepas ataupun cas hospital yang berlebihan perlu dibayar.

DUIT SUMBANGAN ADALAH SEMATA MATA UNTUK AAIRA

Menurut Mohd Rajab, sebarang sumbangan bolehlah dibuat ke akaun ASB Aaira sendiri kerana sebagai pegawai kerajaan dia khuatir jika akaun miliknya itu akan disekat oleh pihak Bank Negara kerana kemasukan wang tidak putus.

Kongsian itu telah membuatkan ramai netizen berduka cita apabila bapanya Aaira menyatakan bahawa dia akan memakai kereta kancil kerana kesihatan Aaira lagi berharga buatnya. Kita doakan semoga adik Aaira cepat sembuh dan segala urusan sibapa dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *